| DEMI MASA |
| |
| 'UCAPAN BUSH TIADA MAKNA' |
| Khamis, Januari 25, 2007 |
BAGHDAD 24 Jan. - ahli-ahli politik dari pelbagai puak di Iraq melihat ucapan dasar tahunan Presiden George W. Bush tidak membawa makna besar di sebalik gesaan beliau kepada pengkritik supaya memberi peluang kepada rancangannya menambah anggota tentera penceroboh di negara bergolak ini.
"Bush tidak memberikan sesuatu yang baru dan ia tidak memberikan harapan sebenar kepada rakyat biasa Iraq," kata penggubal undang- undang Sunah, Hussein al-Falluji.
Hussein bagaimanapun menyambut baik amaran Bush bahawa pelampau Syiah yang disokong Iran dan pelampau Sunah yang dibantu Al-Qaeda dan para penyokong Saddam Hussein boleh mencetuskan kekacauan di seluruh Asia Barat.
Seorang penggubal undang-undang dari blok ulama Syiah, Moqtada al-Sadr menggesa perlunya penyelesaian politik.
"Ucapan Bush mengandung logik kekerasan dan pemusnahan berbanding logik penyelesaian secara dialog dan politik," kata Falah Hassan.
"Saya percaya pentadbiran Bush perlu mengambil pendekatan damai berbanding ketenteraan."
Askar tambahan dihantar ke Iraq selepas Perdana Menteri, Nuri al-Maliki berjanji membendung penentangan oleh pejuang Sunah dan pelampau Syiah seperti Tentera Mahdi yang dipertanggungjawab ke atas keganasan puak di negara ini.
"Bush perlu faham bahawa hanya rakyat Iraq dan kumpulan politik Iraq yang boleh membawa kestabilan melalui dialog. Kami tidak mahu lebih banyak campur tangan dalam hal ehwal Iraq," tambah Falah. |
posted by jasindaily online @ 11:33 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|