Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TIDAK MUNGKIN IKTIRAF ISRAEL - HAMAS TIDAK TOLAK ANSUR ISU PENGIKTIRAFAN KESASIHAN PENCEROBOH
Rabu, Januari 17, 2007
GAZA 16 Jan. - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh semalam menegaskan, pergerakan Hamas tidak mungkin akan mengiktiraf Israel.

Ismail yang juga pemimpin Hamas memberitahu stesen televisyen milik pejuang Hizbullah, Al-Manar yang Hamas juga tidak akan bertolak ansur mengenai isu pengiktirafan kepada penceroboh seperti Israel.

"Hamas sama sekali tidak akan mengiktiraf kesahihan pencerobohan (Israel)," tegasnya.

Pergerakan Hamas menguasai kerajaan Palestin pada Mac lalu selepas memenangi pilihan raya umum dengan mengetepikan dominasi pergerakan Fatah.

Hizbullah dan Hamas merupakan sekutu kuat dalam memerangi Israel dan pengaruh Amerika Syarikat (AS) di rantau Asia Barat.

AS dan sekutu-sekutu dari Barat sebelum ini telah mengenakan sekatan ke atas kerajaan Palestin dalam usaha memberi tekanan kepada Hamas supaya mengiktiraf Israel.

Sekatan itu juga bertujuan mendesak Hamas menolak keganasan dan menerima perjanjian damai sementara yang cuba ditaja oleh AS.

Bagaimanapun, desakan tersebut tidak dipedulikan oleh kumpulan pejuang Palestin tersebut.

Perdana Menteri Palestin itu berkata, usaha membentuk sebuah kerajaan perpaduan dengan pergerakan Fatah telah “bermula dengan memberangsangkan.”

“Saya sangat optimis usaha ini akan berjaya dan berharap kerajaan perpaduan itu mampu menemui cahaya dalam masa terdekat ini jika niat mengenainya ikhlas,” katanya.

Sementara itu, Ismail turut menolak cadangan Presiden Mahmoud Abbas untuk mengadakan pilihan raya dan menegaskan beliau tidak akan bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Barat.

Mahmoud adalah seorang daripada pemimpin Fatah.

Ismail turut memberitahu Al-Manar yang “kemajuan telah dicapai” dalam usaha membebaskan seorang askar rejim Tel Aviv yang ditawan oleh pejuang di Gaza sebagai pertukaran untuk tahanan Palestin di penjara Israel.

"Mereka selalu menolak untuk bercakap mengenai angka dan sekarang mereka (Israel) sudah bersetuju," ujarnya merujuk kepada jumlah tahanan rakyat Palestin di negara Yahudi itu.

Beliau turut mengesahkan yang seorang daripada tahanan Palestin yang akan dibebaskan itu ialah pemimpin Fatah, Marwan al-Barghouti.
posted by jasindaily online @ 9:00 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com