Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TAREQ KESAL HUKUMAN BARZAN, AWAD
Rabu, Januari 17, 2007
LONDON 16 Jan. - Naib Presiden Iraq semalam memberitahu sebuah program televisyen Britain yang beliau "terkejut" dengan pelaksanaan hukuman mati ke atas dua orang bekas pegawai tinggi Saddam Hussein.

"Mereka tidak berunding terlebih dahulu dengan kami dan saya terkejut kerana Majlis Presiden sudah merayu supaya hukuman mati itu ditangguhkan tetapi ia diteruskan juga oleh kerajaan," kata Tareq al-Hashemi kepada Channel 4 News.

Anggota Majlis Presiden itu turut menyatakan keraguan mengenai cara hukuman mati ke atas Barzan Ibrahim al-Tikriti yang juga bekas ketua perisikan dan Awad Ahmed al-Bandar iaitu ketua Mahkamah Revolusi sewaktu rejim Saddam.

Semasa menjalani hukuman gantung awal pagi semalam di kamar gantung jatuh melalui pintu perangkap dan kepalanya terputus apabila tersentak pada tali gantung yang besar.

Satu rakaman video taklimat kepada para pemberita menunjukkan badan Barzan secara kabur kelihatan melepas kamera.

Badan Barzan terjatuh dengan dadanya mencecah lantai terlebih dahulu sementara kepalanya terpelanting beberapa meter.

Kemudian salah seorang daripada lima algojonya membuka sarung penutup kepala daripada kepala Barzan.

"Saya tidak suka, malah perbicaraannya juga saya tidak suka. Saya tidak suka cara mereka dihukum," katanya.

Kepala Barzan dilaporkan terputus akibat hukuman tersebut tetapi pegawai kerajaan Iraq menegaskan "tidak ada pencabulan" berlaku.

Dalam temuramah itu, Tareq turut mendedahkan, ramai menteri dalam Kabinet Perdana Menteri Nuri al-Maliki secara terbuka menyokong militan Syiah yang memerangi penduduk Sunah.

Iraq kini dibayangi pertumpahan darah penduduk majoriti Syiah dengan komuniti Sunah.

"Ada teori, falsafah, dasar pencegahan dari golongan Syiah terhadap keganasan al-Qaeda.

"Teori ini semakin dikenali dan dibincang dalam Majlis Keselamatan," katanya.

Beliau menambah yang 'amat mengejutkan ramai menteri tidak menyembunyikan pendirian mereka untuk menyokong dan menawarkan perlindungan dan kemudahan logistik kepada militan' Syiah tersebut.

Sementara itu, pemberontak membunuh sekurang-kurangnya 15 orang dan menyebabkan 70 yang lain cedera dalam serangan bom berkembar di tengah Baghdad hari ini, kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Iraq.

Jelasnya, insiden berlaku di sebuah pasar untuk penunggang motosikal di kawasan kejiranan Bab al-Sheikh, utara Sungai Tigris.
posted by jasindaily online @ 9:06 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com