Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PEMIMPIN ABU SAYYAF MATI DITEMBAK
Khamis, Januari 18, 2007
MANILA 17 Jan. - Seorang ketua kumpulan militan yang dikehendaki Amerika Syarikat (AS) dan Filipina kerana serangan-serangan yang membawa maut, terbunuh dalam satu pertempuran yang memberi tamparan hebat kepada kumpulan itu, kata pihak tentera hari ini.

Ketua tentera, Jeneral Hermogenes Esperon mengesahkan bahawa Jainal Antel Sali Jr. atau lebih dikenali dengan nama Abu Sulaiman yang merupakan pemimpin tertinggi kumpulan Abu Sayyaf, telah ditembak mati dalam satu pertempuran dengan pasukan khas tentera di Jolo semalam.

Esperon turut memberi amaran, serangan bagi menuntut bela atas kematian Abu Sulaiman mungkin berlaku namun pihaknya sentiasa dalam keadaan bersedia.

Jelasnya, Abu Sulaiman telah merancang hampir semua penculikan dan pengeboman yang menyasarkan warga AS dan warga asing.

Esperon turut menunjukkan sekeping poster orang yang dikehendaki AS yang memaparkan muka Abu Sulaiman, sebelum berdiri dan meletakkan tanda pangkah besar ke atasnya.

Washington menawarkan RM17.51 juta (AS$5 juta) kepada sesiapa yang menangkap Abu Sulaiman.

Ujar Esperon, mayat itu disahkan sebagai Abu Sulaiman oleh penduduk di Jolo, pemberi maklumat dari kumpulan pemberontak dan beberapa orang isteri kepada pemimpin kumpulan Abu Sayyaf itu.

Dia terkorban dalam pertempuran antara Kompeni Kelapan Pasukan Khas dengan 60 orang anggota Abu Sayyaf di gunung Bud Daho di Jolo, kira-kira 950 kilometer dari selatan Manila.
posted by jasindaily online @ 9:09 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com