| DEMI MASA |
| |
| LAGI ORANG KANAN SADDAM DIGANTUNG MINGGU DEPAN |
| Khamis, Januari 18, 2007 |
BAGHDAD 17 Jan. - Seorang lagi bekas orang kanan Saddam Hussein akan dikenakan hukuman mati pada hujung bulan ini selepas mahkamah rayuan menyifatkan hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini sebagai terlalu ringan.
Jurucakap Tribunal Tinggi Iraq, Raid Juhi berkata hari ini, mahkamah akan membacakan hukuman baru terhadap bekas Naib Presiden, Taha Yassin Ramadan, 25 Januari ini.
Pada 5 November lalu, Taha didapati bersalah atas tuduhan membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Sebulan kemudian, Mahkamah Rayuan Iraq memutuskan hukuman tersebut terlalu ringan dan mengembalikan kesnya kepada Tribunal Tinggi dengan menuntut agar hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.
Mahkamah rayuan bersetuju untuk menukarnya kepada hukuman mati.
Pada hari yang sama, Taha didapati bersalah dan Tribunal Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Saddam, adik lelakinya yang juga bekas ketua perisikan, Barzan Ibrahim Al-Tikriti dan bekas ketua hakim Mahkamah Revolusi, Awad Ahmed Al-Bandar.
Tiga lagi defendan dikenakan hukuman penjara 15 tahun manakala seorang lagi dibebaskan.
Saddam digantung pada 30 Disember manakala Barzan dan Awad menjalani hukuman itu kelmarin dalam tindakan yang mencetuskan kemarahan masyarakat Sunah.
Jika Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya, Taha akan menjalani hukuman gantung dalam tempoh 30 hari menurut undang-undang Iraq. |
posted by jasindaily online @ 9:00 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|