| DEMI MASA |
| |
| KETUA TENTERA ISRAEL LETAK JAWATAN |
| Khamis, Januari 18, 2007 |
BAITULMAQDIS 17 Jan. - Ketua Tentera Israel, Lt. Jeneral Dan Halutz telah menyerahkan surat peletakan jawatan, menurut laporan tentera hari ini, selepas tunduk kepada desakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan pencerobohan ke atas Lebanon musim panas lalu.
Keputusan Halutz meletakkan jawatan telah meningkatkan tekanan ke atas Perdana Menteri, Ehud Olmert dan Menteri Pertahanan, Amir Peretz yang dipertikaikan keberkesanan mereka dalam operasi ketenteraan terbesar Israel sejak 1982.
Anggota tentera, keluarga-keluarga yang kematian anggota sanak-saudara, malah kalangan elit tentera Israel telah lama menggesa Halutz meletakkan jawatan sejak perang dengan pejuang Hizbullah tamat pada 14 Ogos lalu.
Israel melancarkan serangan pada skala penuh beberapa jam selepas Hizbullah menawan dua askarnya dan membunuh tiga anggota lain pada 12 Julai.
Bagaimanapun solidariti yang ditunjukkan semasa rejim Tel Aviv melancarkan serangan berakhir apabila gagal menumpaskan pejuang Hizbullah dan askar yang ditawan gagal ditemui.
Pihak tentera turut dikritik selepas peperangan berakhir terutama berhubung dengan kemampuan taktik dan kesediaan untuk berperang selepas gagal mencapai kemenangan sebenar.
Halutz pada peringkat awal mengakui kelemahan yang wujud tetapi enggan meletakkan jawatan |
posted by jasindaily online @ 9:08 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|