Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
BUSH GAGAL BANTU PELARIAN IRAQ
Khamis, Januari 18, 2007
WASHINGTON 17 Jan. - Beberapa senator Amerika Syarikat semalam mengadu bahawa pentadbiran Presiden George W. Bush gagal membantu lebih dua juta pelarian Iraq yang melarikan diri dari negara mereka yang diselubungi peperangan.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), walaupun ramai daripada pelarian itu mencari perlindungan di Jordan dan Syria, kira-kira 1.7 juta lagi merempat di dalam negara.

Para senator terbabit menyatakan, AS yang mengetuai pencerobohan ke atas Iraq pada Mac 2003 hanya memberi status pelarian kepada 466 orang sejak perang meletus.

"Seperti aspek lain dalam peperangan, kita mempunyai tanggungjawab besar terhadap penderitaan mereka," kata Senator Edward Kennedy dari Jawatankuasa kehakiman Senat.

"Negara kita membelanjakan lebih RM28 bilion (AS$8 bilion) sebulan untuk perang di Iraq tetapi gagal memenuhi tanggungjawab kemanusiaan kepada pelarian perang dan Jabatan Negara hanya memperuntukkan RM70 juta (AS$20 juta) pada tahun fiskal 2007," ujar Kennedy.

Kennedy dan seorang rakan dari Republikan, Arlen Specter meminta pentadbiran memberi peruntukan kepada usaha UNHCR dan memudahkan permohonan taraf pelarian kepada Iraq yang menjadi sasaran ancaman kerana bekerja dengan tentera penceroboh.
posted by jasindaily online @ 9:06 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com