Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SAUDI TANGKAP 136 MILITAN
Isnin, Disember 04, 2006
RIYADH 3 Dis. - Arab Saudi menangkap 136 suspek militan Al-Qaeda dalam tempoh tiga bulan lalu dalam salah satu operasi terbesar sejak memulakan kempen memerangi puak pelampau.

Kementerian Dalam Negeri semalam menyatakan, suspek yang kebanyakannya rakyat Saudi itu ditangkap dalam siri serbuan di seluruh negara ini di mana suspek militan Al-Qaeda melancarkan beberapa serangan senjata api dan bom pada Mei 2003 yang disasarkan terhadap warga Barat.

Mereka yang ditahan termasuk 115 rakyat Saudi dan 21 warga asing dan termasuk satu kumpulan kecil yang merancang serangan pengebom berani mati, penculikan dan pembunuhan, menurut kenyataan Kementerian yang disiarkan oleh agensi berita rasmi, SPA.

Kumpulan tersebut dianggotai oleh 31 suspek termasuk empat warga asing yang ditahan semasa operasi keselamatan 'pencegahan' di Riyadh pada 12 September lepas, menurut kenyataan itu.

"Kumpulan itu sudah hampir untuk melancarkan serangan selepas mengeluarkan fatwa yang menghalalkan penculikan orang tidak bersalah, tuntutan wang tebusan, pembunuhan tebusan serta rompakan bank dan kedai," tambah kenyataan itu.

"Mereka termasuk seorang suspek yang menulis wasiatnya untuk disiarkan selepas dia melancarkan serangan berani mati terhadap orang tidak berdosa dan sumber negara ini."

Sebanyak 44 warga Saudi ditahan pada 26 Oktober lalu dalam siri operasi keselamatan di Riyadh, di wilayah timur yang kaya dengan minyak dan wilayah-wilayah Al-Qassim dan Hail di utara.

Mereka ada kaitan dengan 'kumpulan sesat' yang membentuk beberapa jawatankuasa kewangan, agama dan penerangan untuk melaksanakan rancangan tertentu di negara ini dan memudahkan perjalanan militan ke "kawasan bergolak" iaitu merujuk kepada Iraq.

Suspek militan lain ditangkap di kawasan sempadan dengan Iraq dan Jordan di samping di kota suci Mekah dan beberapa bahagian lain negara ini
posted by jasindaily online @ 11:09 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com