Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PM PALESTIN TAWAR GENCATAN 20 TAHUN KEPADA ISRAEL
Khamis, Disember 21, 2006
BAITULMAQDIS: Kerajaan Hamas sedia untuk melancarkan gencatan senjata dengan Israel jika negara Palestin dapat ditubuhkan, kata Perdana Menteri Ismael Haniyeh ketika mengulas tindakan Presiden Mahmoud Abbas mengumumkan pilihan raya awal.

Bagaimanapun, beliau turut menggesa negara Palestin dibentuk berdasarkan garis sempadan 1967 dan jika ia terlaksana, Hamas sedia untuk melancarkan gencatan senjata jangka panjang yang boleh meliputi tempoh 20 tahun.

Sebelum itu, Mahmoud menggesa pihak yang bertelagah di Palestin mematuhi gencatan senjata selepas semakin ramai terbunuh atau cedera akibat perbalahan antara penyokong Hamas dan Fatah.

Haniyeh turut menggesa ditamatkan semua keganasan di Palestin dengan menyatakan meskipun wujud perbezaan, penduduk Palestin tetap bersatu menentang Israel dan mereka yang akan rugi jika sebarang perebutan kuasa dalaman berlaku.

Perdana Menteri Palestin itu berkata, beliau berjaya mengumpul AS$700 juta (RM2.590 bilion) ketika lawatannya ke dunia Arab tetapi mendakwa Mahmoud yang menjadi punca kerajaan Hamas dipencilkan.

Katanya, Mahmoud tidak pernah menghadiri mesyuarat kerajaan selama sembilan bulan lalu dan tidak membenarkan sebarang menteri mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan keluar negara atau mesyuarat diplomatik.

Selain itu, katanya, pembantu Mahmoud turut melengahkan usaha mencari penyelesaian mogok umum di Gaza sambil menegaskan, kuasa kerajaan Palestin dilucutkan oleh Presiden.

"Kita tidak mempunyai wang dan kuasa malah, televisyen turut tidak menyiarkan aktiviti kami," katanya.

Merujuk kepada kerajaan campuran, Haniyeh berkata, Fatah yang menjadi punca rundingan mengenainya gagal.

Katanya, Hamas sudah mengemukakan pelbagai tawaran tetapi ditolak oleh Mahmoud meskipun pergerakan itu sudah bersetuju menyerahkan jawatan Perdana Menteri dan sedia menerima hakikat mengekalkan sembilan menteri daripada 24 kerusi Kabinet selain menamatkan khidmat semua pegawai Hamas dalam kerajaan.

Sementara itu, di Dubai, laporan Aljazeera pula memetik pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri sebagai berkata dalam satu rakaman video bahawa hanya jihad dapat memerdekakan wilayah Palestin
posted by jasindaily online @ 8:43 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com