Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PENGARANG AKHBAR DIDENDA HINA NABI
Jumaat, Disember 08, 2006
SANAA: Mahkamah Yaman semalam mendenda pengarang akhbar sebanyak 500,000 riyal (RM9,401) kerana menyiarkan semula karikatur menghina Nabi Muhammad, yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia tahun ini.

Mahkamah mendapati Mohammad al-Assadi yang menjadi ketua pengarang kumpulan akhbar Yemen Observer, melakukan kesalahan kerana menjatuhkan martabat Islam.

Assadi berkata, beliau mencetak semula karikatur mempersenda nabi itu untuk menunjukkan kepada pembaca Islam betapa karikatur itu amat menghina Nabi serta umat Islam.

"Hakim melakukan kesilapan. Keputusan bersalah dalam kes ini tidak memberi sebarang kesan terhadap imej Islam," kata peguam Assadi, Mohammed Alaw kepada pemberita selepas hukuman dijatuhkan.

Peguam dan pendakwa masing-masing menyatakan mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Bulan lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang lagi pengarang akhbar Yamen, Kamal al-Aalafi dari dari akhbar al-Rai al-Aam kerana mengulang cetak karikatur itu.

Karikatur itu pertama kali disiarkan akhbar Denmark pada September 2005, mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia.

Seorang lagi pengarang yang bertugas dengan akhbar al-Hurriya turut menghadapi tuduhan sama meskipun Presiden Ali Abdullah Saleh sebelum ini berjanji membatalkan hukuman penjara ke atas pemberita yang didapati bersalah atas tuduhan melakukan kesalahan dalam penerbitan.

Kerajaan Denmark sebelum ini menolak tuntutan dunia Arab dan Islam supaya mengenakan hukuman terhadap akhbar negara itu yang menyiarkan karikatur berkenaan kononnya mahu mempertahankan kebebasan media.

Berikutan itu, masyarakat Islam mengadakan bantahan di seluruh dunia termasuk bantahan yang bertukar menjadi ganas di Lubnan dan Afghanistan.

Keganasan di Lubnan menyaksikan bangunan kedutaan Denmark diserang manakala di Afghanistan, beberapa orang terbunuh termasuk berpuluh-puluh lagi cedera
posted by jasindaily online @ 12:22 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com