Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
KEGAGALAN IRAQ MALAPETAKA BESAR PADA AS - GATES
Rabu, Disember 20, 2006
WASHINGTON 19 Dis. - Setiausaha Pertahanan baru Amerika Syarikat (AS), Robert Gates memberi amaran bahawa kegagalan di Iraq akan membawa malapetaka besar yang bakal menghantui AS untuk tempoh puluhan tahun akan datang.

Gates berkata demikian semalam selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Naib Presiden, Dick Cheney.

Gates yang menggantikan Donald Rumsfeld menyifatkan Iraq sebagai keutamaan beliau dan berjanji tidak akan membiarkan Afghanistan kembali menjadi 'tempat perlindungan puak pelampau.'

Menurutnya, beliau bercadang untuk melawat Iraq tidak lama lagi bagi mendapatkan pandangan terus-terang komander tentera AS mengenai cara untuk memperbaiki keadaan di sana.

"Kita semua mahu mencari jalan untuk membawa pulang anggota tentera Amerika," kata Gates.

"Bagaimanapun seperti yang dinyatakan oleh Presiden, kita tidak boleh gagal di Asia Barat. Kegagalan di Iraq pada peringkat ini akan membawa malapetaka yang bakal menghantui negara kita, menjejaskan kredibiliti kita dan membahayakan rakyat Amerika untuk tempoh berdekad-dekad akan datang," tegas beliau.

Gates, 63, turut memberi amaran kemajuan yang dicapai di Afghanistan, yang mana tentera AS terlibat dalam operasi sejak lima tahun lalu menghadapi risiko kehancuran.

"AS dan sekutu-sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah memberi komitmen kepada rakyat Afghanistan dan kita bertekad untuk menunaikannya," kata beliau.

Ketua perencana perang di Iraq, Rumsfeld meletak jawatan pada bulan lalu di tengah-tengah kritikan hebat terhadap dasar beliau.

Gates mengambil alih jawatan itu ketika pentadbiran Presiden George W. Bush sedang melakukan kajian semula menyeluruh terhadap strategi perang di Iraq.
posted by jasindaily online @ 9:35 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com