Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
AHMADINEJAD BERI AMARAN
Jumaat, Disember 08, 2006
TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam memberi amaran kepada pemimpin Barat supaya mengikut petunjuk Tuhan atau hilang daripada muka bumi, lapor agensi berita Mehr semalam.

"Negara penindas ini amat marah terhadap kita kerana kita menjadi sebuah negara di sebelah sana dunia yang sedang membangun dan berjaya membuktikan kedangkalan kuasa mereka," kata Ahmadinejad ketika berucap di Ramsar, utara Iran.

"Mereka marah terhadap negara kita. Tetapi kita beritahu mereka, biarlah dan matilah kamu dengan kemarahan itu. Percayalah, jika kamu tidak mengikut petunjuk Ilahi, kamu pasti akan mati tidak lama lagi dan hilang dari muka bumi," katanya.

Presiden itu juga terus mempertahankan program nuklear Iran dengan menyatakan, negara itu sudah hampir menguasai teknologi nuklear itu, meskipun Perancis semalam menyatakan, Iran pasti dikenakan sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Syukur kerana dengan bantuan Tuhan, kita sudah berjaya sehingga ke tahap ini dan hanya selangkah lagi mengecapi kejayaan.

"Kita harap dapat menyambut kejayaan bidang nuklear ini pada akhir tahun (Mac 2007)," kata Ahmadinejad.

Iran enggan menggantung proses meningkatkan keupayaan uranium, prosedur dibimbangi Barat mungkin dilanjutkan lagi untuk menghasilkan senjata nuklear.

Iran bertegas menyatakan program nuklearnya adalah untuk keamanan, suatu turut disokong kebanyakan negara membangun dan dunia ketiga
posted by jasindaily online @ 12:15 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com