Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TIADA PROGRAM RAHSIA - CIA TIDAK TEMUI BUKTI KUKUH IRAN BINA SENJATA NUKLEAR
Selasa, November 21, 2006
WASHINGTON 19 Nov. - Satu draf analisis sulit yang disediakan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) tidak menemui bukti kukuh bahawa Iran menjalankan program rahsia untuk membina senjata nuklear seperti yang didakwa oleh White House.

Wartawan siasatan terkemuka Amerika Syarikat (AS), Seymour Hersh menyatakan perkara itu dalam sebuah artikel untuk majalah New Yorker edisi 27 November yang dikeluarkan lebih awal.

Hersh dalam rencana itu membangkitkan persoalan sama ada pentadbiran Presiden George W. Bush bertambah cenderung atau kurang cenderung untuk menyerang Iran selepas Parti Demokrat menguasai semula Kongres minggu lepas.

Menurut Hersh, sebulan sebelum pilihan raya Kongres 7 November lalu, Naib Presiden Dick Cheney menghadiri satu perbincangan mengenai keselamatan negara yang menyentuh kesan kemenangan Demokrat di kedua-dua dewan Kongres terhadap dasar White House berhubung Iran.

"Cheney berkata, jika Demokrat menang pada 7 November lalu, kemenangan itu tidak akan menghalang pentadbiran daripada mengambil tindakan ketenteraan terhadap Iran," tulis Hersh dengan memetik sumber yang mengikuti perbincangan itu.

Cheney menyatakan White House akan memintas sebarang sekatan Kongres dan dengan itu menghalang Kongres daripada menggagalkan rancangannya, kata Hersh.

Berikutan kemenangan Demokrat itu, pentadbiran Bush dihujani desakan supaya memulakan rundingan langsung dengan Teheran.

Bagaimanapun perancangan pentadbiran Bush untuk mengambil tindakan ketenteraan menjadi bertambah rumit dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan penilaian sulit CIA yang 'mencabar andaian White House bahawa Iran sudah begitu hampir untuk membina bom nuklear', tulis Hersh.

"CIA sehingga kini belum menemui bukti kukuh mengenai program rahsia senjata nuklear Iran yang dijalankan serentak dengan program nuklear awam yang telah diisytiharkan oleh Iran kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)," menurut beliau dengan menambah, CIA enggan mengulas mengenai laporan itu.

Seorang pegawai perisikan kanan mengesahkan kewujudan analisis CIA itu dan menyatakan White House menolak penilaian itu, kata Hersh
posted by jasindaily online @ 12:03 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com