Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
RUNDINGAN DIGANTUNG - PALESTIN: USAHA BENTUK KERAJAAN PERPADUAN GAGAL CAPAI KEMAJUAN
Selasa, November 21, 2006
RAMALLAH 20 Nov. - Rundingan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan Palestin telah digantung kerana tiada kemajuan dan tidak ada rundingan baru dijadualkan.

Pembantu kanan Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Amr memberitahu satu sidang media hari ini, tiada kemajuan dicapai sejak beberapa hari lalu.

"Kami ingin menyatakan rundingan telah dibekukan," katanya.

Kata beliau, banyak lagi usaha yang perlu dilakukan.

"Apa yang telah kami persetujui hanyalah satu batu pertama dalam perjalanan 1,000 batu," katanya.

Mahmoud telah berkali-kali menemui Perdana Menteri, Ismail Haniyeh daripada Hamas untuk membincangkan pengagihan portfolio kerajaan antara Hamas dan parti Fatah pimpinan Presiden itu.

Bagaimanapun perbalahan timbul apabila Fatah menuduh Hamas enggan bertolak ansur kerana menuntut untuk menguasai kementerian-kementerian kewangan dan dalam negeri.

Puak-puak Palestin itu cuba membentuk kerajaan perpaduan bagi menamatkan sekatan bantuan yang dikenakan oleh Barat selepas Hamas yang menubuhkan kerajaan pada Mac lalu enggan menghentikan perjuangan bersenjata atau mengiktiraf Israel dan perjanjian damai masa lepas.

Dalam pada itu, di Damsyik, pemimpin Hamas, Khaled Meshaal berkata, kuasa Barat tidak mempunyai pilihan selain mengiktiraf kerajaan perpaduan Palestin yang sedang diusahakan pembentukannya oleh Hamas dan Fatah.

"Ini merupakan peluang kepada masyarakat antarabangsa membetulkan kesilapan.

"Sesetengah daripada mereka tidak menghormati kemahuan pilihan raya rakyat Palestin. Mereka perlu belajar dan menghormati konsensus rakyat Palestin," kata Khaled.

"Suasana hubungan dengan Fatah sangat positif. Kami ingin memberitahu dunia kami berjaya membentuk satu barisan Palestin dan sekatan perlu ditarik balik.

"Masyarakat antarabangsa tidak ada pilihan selain daripada menghormati kemahuan rakyat Palestin," katanya selepas pertemuan lewat malam tadi dengan Ahmad Qurei, salah seorang pemimpin tertinggi Fatah.

Mahmoud telah mengutus Ahmad ke Damsyik bagi menyelesaikan isu yang menghalang pembentukan kerajaan baru.

Perkara utama yang dibincangkan adalah jaminan Hamas melalui Mahmoud bahawa Barat akan mengiktiraf pentadbiran baru dan menarik balik sekatan yang menyebabkan krisis ekonomi di Gaza dan Tebing Barat.

Khaled berkata, rundingan dengan Fatah mengambil masa yang panjang dan sukar.

"Kami membincangkan secara terperinci mengenai pentadbiran baru tetapi kami tidak ada sebab untuk mendedahkannya.

"Suasana hubungan dengan Fatah sangat positif dan mesyuarat ini merupakan petunjuk," jelasnya
posted by jasindaily online @ 10:43 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com