Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PROTES LAWATAN BUSH KE INDONESIA MEREBAK
Selasa, November 14, 2006
JAKARTA 13 Nov. - Para pelajar mengadakan tunjuk perasaan di lima buah bandar dan kota di Indonesia bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ke negara ini awal minggu depan.

Seorang penunjuk perasaan dari Bogor yang dikenali sebagai Hussein Hassan memberitahu stesen radio El-Shinta, Bush seharusnya dilayan seperti seorang penjenayah perang kerana tindakannya di Iraq dan Afghanistan.

Menyedari kezaliman yang didalangi oleh AS di kedua-dua negara itu, Hussein mendesak agar kerajaan Indonesia membatalkan kunjungan rasmi Bush.

Presiden AS itu dijangka bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Bogor pada Isnin ini semasa lawatan sehari ke Indonesia ketika perjalanan pulang dari Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di Vietnam.

Berpuluh-puluh tunjuk perasaan secara aman diadakan di seluruh negara, kebanyakannya dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam dan penentang Susilo.

Agensi berita Antara dan media lain melaporkan, sekurang-kurangnya empat bandar dan kota utama di Indonesia selain Bogor turut menyaksikan tunjuk perasaan pelajar hari ini.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan mempertahankan lawatan Bush.

Bush tidak popular di kalangan rakyat Indonesia kerana tindakan kerajaannya menceroboh Afghanistan dan Iraq selain menyokong Israel.

Walaupun tidak popular, hubungan antara kedua-dua kerajaan itu secara tradisinya agak kukuh
posted by jasindaily online @ 9:46 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com