Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PERISAI MANUSIA PALESTIN BATALKAN SERANGAN ISRAEL
Selasa, November 21, 2006
GAZA 19 Nov. - Tentera Israel membatalkan rancangannya untuk melancarkan serangan udara ke atas rumah seorang pejuang Palestin di Genting Gaza hari ini selepas beberapa ratus penduduk menjadikan diri mereka sebagai perisai manusia di dalam bangunan itu.

Sumber Palestin menyifatkan protes itu sebagai yang pertama seumpamanya berjaya mencegah serangan udara rejim Yahudi.

Tentera Israel menyatakan serangan itu dibatalkan bagi mengelakkan kemalangan jiwa penduduk awam.

Israel telah memberi amaran kepada keluarga seorang pejuang Jawatankuasa Perjuangan Popular di kem pelarian Jebalya supaya mengosongkan rumah mereka kerana ia akan dibom tidak lama lagi, kata seorang jurucakap tentera Israel dan penduduk Palestin.

Beratus-ratus jiran dan penunjuk perasaan berhimpun di tempat kejadian dan bertindak menempatkan diri mereka dalam rumah dan atas bumbung rumah berkenaan sebagai perisai manusia tanpa menghiraukan amaran tentera Zionis, kata saksi.

Seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan mengetuai protes luar biasa yang disiarkan secara langsung oleh televisyen Palestin itu.

"Jahanam Amerika dan jahanam Israel," laung orang ramai sambil mengangkat tangan mereka.

Seorang jurucakap tentera Israel kemudiannya mengesahkan serangan udara telah dibatalkan disebabkan protes tersebut.

"Rancangan serangan itu dibatalkan disebabkan kehadiran penduduk di sana," kata jurucakap itu.

Dia bagaimanapun berikrar Israel akan meneruskan serangan terhadap pejuang Palestin dan menuduh mereka menggunakan orang awam di kem tersebut sebagai perisai manusia
posted by jasindaily online @ 12:24 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com