Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
NUKLEAR: IRAN PASANG 60,000 EMPARAN
Selasa, November 21, 2006
TEHERAN 20 Nov. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad hari ini berkata, negaranya akan memasang 60,000 emparan bagi pengayaan uranium, lebih banyak daripada dinyatakan sebelum ini dan menolak gesaan supaya pemproses yang dibimbangi Barat bertujuan menghasilkan bom atom.

Minggu lalu Presiden Iran itu dilaporkan berkata, Iran merancang untuk memasang sejumlah banyak emparan yang dikatakannya untuk membuat bahan bakar bagi stesen kuasa nuklear.
Ia juga boleh digunakan untuk membuat kepala peledak nuklear.

"Kami bercadang memasang 60,000 emparan dan insya-Allah, Iran mampu mengeluarkan sendiri bahan bakar nuklear tahun depan," katanya yang dipetik oleh agensi ISNA.

Iran merancang memulakan operasi stesen nuklear pertamanya yang tertangguh beberapa kali pada 2007 dan setakat ini mengoperasikan 164 emparan yang dikenali sebagai lata dan mengambil masa beberapa tahun untuk menghasilkan bahan membuat bom.

Teheran memberitahu, langkah terbarunya adalah untuk memasang 3,000 emparan, iaitu angka yang mencukupi untuk menghasilkan bahan-bahan sekurang-kurangnya satu kepala peledak nuklear.
posted by jasindaily online @ 10:50 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com