LONDON 15 Okt. - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilaporkan telah berbincang dengan sekumpulan peguam Britain dengan harapan beliau dapat terus kekal di negara ini. Thaksin dilaporkan hanya mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk berada di Britain selama tiga bulan melainkan beliau mendapatkan suaka politik.
Perkembangan terbaru itu menyusul selepas pasukan penyiasat Thailand mempercayai Thaksin yang digulingkan dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah bulan lalu, secara sulit menyeludup keluar harta kekayaan keluarganya bernilai RM7 bilion (1 billion Pound Sterling) ke Eropah.
Menurut sesetengah laporan akhbar Thailand, pegawai-pegawai kerajaan mengesyaki Thaksin telah meramalkan kejatuhan beliau jauh lebih awal sebelum bertindak memindahkan sebahagian besar harta kekayaannya.
|