Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PARTI THAKSIN MULA RETAK - PERLETAKAN JAWATAN BESAR-BESARAN 70 AHLI PARLIMEN TRT
Selasa, Oktober 03, 2006
BANGKOK 2 Okt. - Sekurang-kurangnya 70 ahli Parlimen daripada parti pimpinan Perdana Menteri yang digulingkan, Thaksin Shinawatra meletakkan jawatan hari ini, dua minggu selepas rampasan kuasa tentera.

Pendaftar parti Thai Rak Thai (TRT), Samarn Lertwongrat berkata, ia meliputi ahli Parlimen dan anggota Kabinet.

Tindakan itu dimulakan oleh bekas Menteri Luar dan Timbalan Perdana Menteri, Surakiart Sathirathai dan Menteri Buruh, Somsak Thepsuthin sehingga membawa kepada peletakan jawatan besar-besaran yang mungkin merupakan petanda pertama ke arah pembubaran TRT.

TRT didaftarkan secara rasmi pada 14 Julai 1998 oleh Thaksin dan memenangi pilihan raya pertama disertainya pada tahun 2001.

Parti yang menguasai politik Thailand selama lima tahun tersebut menguasai tiga perempat daripada 500 kerusi Parlimen selepas menang besar pada pilihan raya tahun lalu.

"Kami ingin mempromosikan perdamaian kebangsaan dan mengelakkan konfrontasi untuk membantu negara kembali kepada keadaan normal dengan lebih cepat," kata seorang bekas Menteri Parlimen TRT dari Nakorn Sawan, Leftenan Kolonel Polis, Banyin Tangphakorn.

Jelasnya, beliau menjangkakan sekurang-kurangnya beberapa puluh lagi ahli politik TRT akan turut meletakkan jawatan dalam minggu ini.

Thaksin yang digulingkan dua minggu yang lalu tidak kembali ke Bangkok, sebaliknya berada di Britain bersama sebahagian anggota keluarganya.

Parti Thaksin memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya yang diadakan awal April lalu ekoran demonstrasi besar-besaran selama tiga bulan.
posted by jasindaily online @ 9:11 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com