Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
NUKLEAR KOREA: SOROS JUGA SALAHKAN BUSH
Selasa, Oktober 17, 2006
TOKYO 16 Okt. - Jutawan George Soros hari ini menuding Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush sebagai punca krisis Korea Utara dengan menegaskan, pendirian kerasnya yang membawa kepada Pyongyang melakukan ujian nuklear.

Soros, ahli kewangan AS kelahiran Hungary dengan menggunakan kekayaannya untuk mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia sejagat berkata, beliau menyokong dasar "sinar matahari" bekas Presiden Korea Selatan, Kim Dae-jung dalam berurusan dengan Pyongyang.

"Presiden Bush menolak polisi itu," katanya.

"Colin Powell (bekas Setiausaha Negara AS) meluluskannya tetapi Presiden Bush menolak. Ia merupakan permulaan kepada krisis sekarang," kata Soros.

Beliau juga meminta Washington mengurangkan ketakutan Korea Utara bahawa ia akan diserang.

"Jika anda ada jaminan keselamatan, kerajaan ini boleh dilembutkan," ujarnya.

Sebelum ini Bush telah menggelar Pyongyang sebagai "paksi jahat" bersama-sama Saddam Hussein dan Iran.

Korea Utara pada tahun lepas bersetuju secara am terhadap terma menukarkan senjata nuklear dengan jaminan keselamatan dan bantuan.

Bagaimanapun Soros menyokong resolusi Majlis Keselamatan dan keputusan Jepun mengenakan sekatan unilateral ke atas negara itu.
posted by jasindaily online @ 5:46 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com