Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
KONFLIK PALESTIN SEMAKIN BUNTU
Rabu, Oktober 11, 2006
GAZA 10 Okt. - Menteri Luar Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jabr al-Thani gagal dalam usahanya sebagai perantara untuk menyelesaikan kebuntuan antara kumpulan Fatah dan Hamas untuk membentuk kerajaan perpaduan, kata seorang pegawai kanan Palestin hari ini.

Kebuntuan tersebut mencetuskan pertelingkahan dalaman paling teruk membabitkan kerajaan pimpinan Hamas yang diketuai Perdana Menteri, Ismail Haniyeh dengan Presiden, Mahmoud Abbas dari kumpulan Fatah.

"Masih terdapat perbezaan berhubung isu teras... perbincangan malam ini tidak menampakkan apa-apa tanda kepada perjanjian," kata pembantu kanan Mahmoud, Yasser Abed Rabbo.

Jelasnya, kegagalan itu berikutan keengganan Hamas untuk mengiktiraf Israel dan menerima perjanjian untuk menghentikan serangan bersenjata yang telah ditandatangani dengan negara Yahudi itu.

Mahmoud mengadakan dua perbincangan dengan Sheikh Hamad pada malam tadi yang berlarutan sehingga awal pagi tadi.

Sheikh Hamad memulakan perbincangan berasingan dengan Mahmoud dan Ismail di Genting Gaza selepas satu pertemuan awal dengan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal di Damsyik.

Mahmoud berkata, usaha perantara oleh Qatar akan diteruskan namun Sheikh Hamad telah meninggalkan Palestin hari ini dan masih belum jelas bila beliau akan kembali.

Yasser turut memberi peringatan bahawa kegagalan usaha Qatar itu mungkin akan memaksa pilihan raya diadakan lebih awal.

Ahli politik Palestin menjelaskan, kertas cadangan Qatar memuatkan pembentukan kerajaan teknokrat serta perbincangan antara Mahmoud dan Khaled.
posted by jasindaily online @ 7:19 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com