BAITULMAQDIS 30 Okt. - Israel mungkin meluaskan operasi ketenteraan di Genting Gaza tidak lama lagi dan akan memutuskan dalam tempoh beberapa hari ini bentuk operasi yang bakal dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Ehud Olmert, hari ini. Operasi itu tidak akan menyebabkan Israel berkubu di kawasan pantai, kata Olmert yang dipetik oleh Limor Livnat, penggubal undang-undang yang menyertai mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara dan Pertahanan.
Seorang lagi ahli jawatankuasa itu, Ran Cohen berkata, Olmert memberitahu penggubal undang-undang bahawa rancangan itu masih belum dimuktamadkan tetapi sebarang perluasan operasi akan dilakukan secara berhati-hati dan terancang.
Seorang jurucakap kerajaan kemudian cuba tidak mengheboh-hebohkan komen Olmert itu sambil menegaskan, Israel akan meneruskan operasi yang dilaksanakan ketika ini.
Sekurang 260 penduduk Palestin, kebanyakan mereka orang awam, telah terbunuh sejak operasi sekarang bermula akhir Jun lalu
|