| DEMI MASA |
| |
| ISRAEL BERLATIH SERANG PEJUANG HIZBULLAH LAGI |
| Rabu, November 01, 2006 |
BEIRUT: Pesawat tempur Israel menceroboh ruang udara Lubnan semalam dengan mengadakan serangan olok-olok terhadap kubu Hizbullah di selatan Beirut, dalam tindakan menunjuk kekuatan terbesar oleh negara Yahudi itu sejak gencatan senjata 14 Ogos lalu.
Jet berkenaan sekurang-kurangnya menjunam sebanyak enam kali dan terbang rendah di atas kawasan selatan Beirut, mengacah untuk menyerang sebelum menaiki semula ke paras yang lebih tinggi.
Tidak ada bom yang digugurkan, namun dentuman kuat enjin pesawat membimbangkan penduduk yang ada di antaranya memanjat bumbung untuk melihat pesawat itu dengan lebih jelas.
Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut yang terletak berhampiran selatan Beirut tidak terjejas oleh pencerobohan jet pejuang Israel itu.
Tidak jelas mengapa tentera Israel mengadakan serangan olok-olok itu yang berlangsung selama 30 minit.
Lubnan sudah banyak kali mengemukakan aduan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pencerobohan pesawat Israel itu, namun setakat ini badan dunia itu tidak mengambil sebarang tindakan.
Di Baitulmaqdis, jurucakap tentera Israel berkata pihaknya sedang menyiasat laporan mengenai serangan olok-olok itu.
Pegawai keselamatan Lubnan berkata, lapan pesawat tempur Israel menceroboh ruang udara negara Arab itu di kawasan selatan dan tengah Lubnan, termasuk selatan Beirut.
Sementara itu, di Gaza, tentera Israel membunuh dua lagi pejuang Hamas di selatan Gaza semalam selepas pertempuran baru meletus antara kedua-dua pihak selepas rejim Zionis rancak melancarkan serangan besar-besaran di kawasan pantai.
Tentera membunuh kedua-dua pejuang itu dalam pertempuran sengit di Khouza, sebuah kampung di timur kem pelarian Khan Younis dekat sempadan Israel, kata pegawai keselamatan Palestin dan sumber Hamas. Tiga lagi penduduk Palestin cedera dalam pertempuran yang masih berterusan itu, kata pegawai.
Tentera Israel mendakwa, anggotanya beroperasi di situ dalam misi memusnahkan 'infrastruktur pengganas.'
Askar Yahudi melepaskan tembakan ke arah pejuang Hamas terbabit yang dikatakan menanam bom di kawasan berkenaan.
Askar Israel beroperasi di Semenanjung Gaza sejak lewat Jun lalu apabila pejuang Palestin membunuh dua anggota tentera Zionis di sempadan menawan seorang lagi.
Lewat kelmarin, tentera udara Israel melepaskan bedilan peluru berpandu ke arah sebuah rumah di selatan Gaza yang didakwa tentera milik seorang pejuang |
posted by jasindaily online @ 9:27 PG  |
|
|
|
|
| DPPKJASIN |
|

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
| CORETAN YANG LALU |
|
| ARKIB |
|
|
| POWERED BY |
 |
|