Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IRAN MAHU DUNIA BEBAS SENJATA NUKLEAR
Selasa, Oktober 10, 2006
TEHERAN 9 Okt. - Dalam reaksi pertama berhubung tindakan Korea Utara mengadakan ujian nuklear, Iran mahu dunia yang "bebas daripada senjata nuklear."

"Pendirian Iran adalah jelas dan Iran pada prinsipnya percaya pada dunia yang bebas senjata nuklear," kata jurucakap Kementerian Luar, Mohammad Ali Hosseini yang dipetik oleh televisyen kerajaan hari ini.

"Iran berharap perundingan mengenai aktiviti nuklear Korea Utara akan diteruskan demi kepentingan Korea Utara dan masyarakat antarabangsa," kata beliau.

Pengumuman kejayaan Pyongyang itu muncul ketika kuasa-kuasa Barat dijadual bertemu untuk membincangkan kemungkinan sekatan ke atas Iran berhubung program pengayaan uraniumnya.

Dalam pada itu, Iran menganggap ancaman sekatan antarabangsa berikutan program nuklearnya sebagai senjata 'karat' dan mengulangi pendirian bahawa mereka tidak akan menghentikan pengayaan uranium.

Pada Jumaat lalu, mereka telah bersetuju untuk meneruskan tindakan mengenakan sekatan itu.

"Para pegawai dan rakyat di Iran sentiasa melihat ancaman sekatan itu sebagai senjata karat dan ketinggalan. Mereka telah biasa dengan ancaman," kata Mohammad Ali dalam taklimat mingguan media semalam.
posted by jasindaily online @ 7:17 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com