Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
HAMPIR RM10 BILION DIBELANJA - KEMPEN PALING MAHAL DALAM SEJARAH PILIHANRAYA AMERIKA
Isnin, Oktober 30, 2006
NEW YORK 29 Okt. - Wang memainkan peranan penting dalam politik dan ia menjadi lebih penting tahun ini berbanding masa-masa lalu dalam pilihan raya Kongres Amerika Syarikat (AS).

Pertubuhan bebas Center for Responsive Politics menganggarkan calon-calon, parti- parti dan kumpulan-kumpulan luar dapat mengumpulkan RM9.6 bilion (AS$2.6 bilion) untuk kempen pilihan raya 7 November ini.

Ia merupakan peningkatan 18 peratus berbanding pilihan raya Kongres 2002.

Pilihan raya pertengahan penggal bagi merebut 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 30 kerusi Senat ini dikatakan paling sengit sejak 12 tahun yang lalu.

Ia juga dikatakan menjadi ukuran prestasi Presiden George W. Bush dan partinya, Republikan.

Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan (FEC) menunjukkan setakat 30 September lalu, calon-calon yang bertanding telah mengumpulkan RM6.66 bilion, peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding RM4.81 bilion tahun 2004.

Angka FEC itu 15 kali lebih tinggi berbanding dengan jumlah yang dibelanjakan oleh lima parti besar Jerman dalam pilihan raya parlimen tahun lalu dan lebih enam kali ganda kos pilihan raya Mexico tahun ini bukan sahaja untuk memilih anggota perundangan, malah presiden mereka.

Bagaimanapun Republikan dan Demokrat yang mengumpulkan jumlah terbanyak, melihat 'kelebihan' dalam sistem AS yang berkos tinggi: wang membolehkan calon-calon berkomunikasi dengan pengundi dan parti bagi menganjurkan usaha bagi memujuk para pemilih keluar mengundi.

Penajaan kempen merupakan aspek perundangan di AS kerana Mahkamah Agung menganggap ia sebagai isu kebebasan bersuara, kata John Samples dari Cato Institute, badan pemikir bebas.

Mahkamah hanya membenarkan halangan untuk mengelak amalan rasuah.

"Perkara utama di sini ialah soal rasuah," katanya.

Menurut pengasas pertubuhan Democracy 21, Fred Wertheimer, ia boleh mempengaruhi aspek membuat keputusan.

"Masalah dengan sistem kita ialah kita tidak perlu risau mengenai jumlah yang boleh dibelanjakan, tetapi sumber dari mana wang itu datang," katanya
posted by jasindaily online @ 1:00 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com