LONDON 11 Okt. - Menteri Kewangan British, Gordon Brown menambahkan lagi kekeruhan mengenai isu pemakaian tudung semalam dengan berkata, Britain akan menjadi lebih baik jika kurang wanita Muslim memakai purdah. Sebelum ini bekas Setiausaha Luar, Jack Straw - kini Ketua Dewan Rendah - dalam tulisannya di akhbar tempatan Khamis lalu meminta wanita Islam membuka purdah apabila mereka berkunjung ke pejabat kawasan Parlimennya di Blackburn.
Brown yang merupakan Canselor Exchequer merupakan calon pilihan menggantikan Perdana Menteri, Tony Blair ketika ditemu ramah oleh Perbadan Penyiaran British (BBC), tanpa obligasi atau penekanan kepada wanita Islam berkata, beliau "memilih dan beranggapan lebih baik untuk Britain jika tidak ramai yang memakai purdah".
|