Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
BRIGED JIHAD AL-AQSA ANCAM BUNUH PEMIMPIN HAMAS
Rabu, Oktober 04, 2006
GAZA 3 Okt. - Briged Jihad al-Aqsa, sayap kanan kepada pergerakan Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, julung kali hari ini mengancam akan membunuh semua pemimpin Hamas, termasuk Khaled Meshaal.

Ancaman tersebut merumitkan perpecahan dan menjadikan perebutan kuasa antara Fatah dan Hamas, dua hari selepas pertempuran antara kedua-duanya di Genting Gaza dan Tebing Barat yang telah mengorbankan lebih 12 nyawa dan lebih 100 cedera.

Briged itu dalam kenyataannya memberitahu, Khaled; Menteri Dalam Negeri, Saeed Seyam dan pegawai kanan kementerian, Youssef al-Zahar bertanggungjawab terhadap kematian tersebut.

"Kami dalam al-Aqsa mengumumkan dengan sejujurnya, semua penduduk di tanah tumpah dan diaspora supaya membunuh Khaled Meshaan, Saeed Seyam dan Youssef al-Zahar, dan dengan pembunuhan ini, kami berharap orang lain dapat pengajaran," tegas kenyataan itu.

Khaled merupakan pemimpin politik tertinggi Hamas yang tinggal di Damsyik sementara Saeed dan Youssef tinggal di Gaza.

Ahli Parlimen Hamas, Mushir al-Masri berkata, tindakan al-Aqsa umpama "menuang minyak ke dalam api."

Tegasnya, Hamas tidak akan "menujukkan belas" jika ada pemimpinnya menjadi sasaran pembunuhan dan menyifatkan pembunuhan itu sebagai "rampasan kuasa pemimpin secara dalaman."

Bagaimanapun seorang jurucakap Briged Jihad al-Aqsa enggan mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan sama ada ia mewakili pandangan seluruh pergerakan Fatah.

Pada masa yang sama, Mahmoud terus menghadapi jalan buntu dalam perebutan kuasa selepas rundingan bagi perkongsian kuasa dengan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh menemui kegagalan.
posted by jasindaily online @ 7:23 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com