Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ASKAR ISRAEL BERUNDUR DARI LEBANON
Isnin, Oktober 02, 2006
ZARIT, Israel 1 Okt. - Israel mengundurkan askar-askarnya dari selatan Lebanon awal pagi ini, sekali gus menyempurnakan pengambilalihan kawalan keselamatan oleh pasukan tentera Lebanon dan tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan bergolak itu.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum pengunduran terakhir pasukan askar Israel di sini, jurucakap askar Israel, Mejar Zvika Golan berkata, tanggungjawab untuk mentadbir Lebanon kini diserahkan kepada kerajaan Lebanon dan PBB.

Justeru, katanya, Lebanon akan bertanggungjawab terhadap setiap gerak-geri dan tindakan yang didalangi oleh Hizbullah.

Kumpulan askar berkenaan yang dalam perjalanan pulang, kemudian mengunci mangga pagar sempadan di sini, sebuah lokasi yang pernah menyaksikan penculikan dua askar Israel oleh pejuang Hizbullah pada 12 Julai lalu.

Sumber-sumber tentera Israel memberitahu, beberapa anggota mereka akan kekal di kawasan sempadan yang terpisah di kampung Ghajar sehinggalah kawalan keselamatan dimuktamadkan.

Pengunduran dari selatan Lebanon hari ini, bagaimanapun berlangsung tanpa mendapat liputan menyeluruh berbanding dengan pengunduran askar Israel pada 2000 selepas penaklukan ke atas Lebanon selama 22 tahun.

Meskipun rakyat tempatan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Israel memerangi Hizbullah, ramai daripada mereka turut percaya, kerajaan Israel gagal menguruskan peperangan itu dengan baik.

Stesen-stesen televisyen tempatan melaporkan, Israel akan mengekalkan hak mereka untuk meronda kawasan pantai Lebanon dan memasuki ke wilayah Lebanon memandangkan resolusi-resolusi yang ditetapkan oleh PBB tidak dipatuhi oleh Hizbullah.

Kementerian Pertahanan Israel telah mengarahkan askar-askarnya yang ditempatkan di sempadan supaya melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu yang dianggap mampu memberi ancaman kepada mereka.
posted by jasindaily online @ 3:47 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com