Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
2 KEUTAMAAN PM THAI BARU - TERIMA KUNJUNGAN DUTA AMERIKA ANTARA TUGAS PERTAMA SURAYUD
Selasa, Oktober 03, 2006
BANGKOK 2 Okt. - Perdana Menteri sementara Thailand, Jeneral Surayud Chulanont memulakan tugas hari pertamanya dengan berazam mahu mengembalikan keharmonian dan perpaduan di negara ini.

"Adalah sesuatu yang tidak adil menyebabkan masalah politik dalaman dan di selatan (Thailand)," kata Surayud.

"Saya menyeru setiap orang membantu menyelesaikan dua masalah ini dan perpaduan diperlukan untuk menangani masalah-masalah ini," kata beliau.

Surayud memberitahu pemberita, beliau akan menjelajah ke selatan Thai yang dilanda krisis selepas membentuk Kabinet yang terdiri daripada 35 anggota.

Dalam pada itu, Surayud mengadakan pertemuan dengan Duta Amerika Syarikat (AS) ke Thailand, Ralph L. Boyce hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu yang berlangsung di Rumah Kerajaan, Boyce berkata, AS mahu kerajaan Thai mengadakan pilihan raya secepat mungkin dan menyerahkan kerajaan kepada orang awam.

"Kami mahukan pilihan raya dan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokratik," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Surayud yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-24 semalam oleh junta tentera yang mengetuai rampasan kuasa pada 19 September lalu.

AS bersikap amat kritikal terhadap rampasan kuasa itu dengan pelantikan Surayud, seorang bekas ketua tentera, ke jawatan berkenaan malah mengenakan beberapa bentuk sekatan, termasuk memotong bantuan RM88.8 juta (AS$24 juta) yang diperuntukkan sebagai bantuan ketenteraan kepada Thailand.

Di bawah pemerintahan lima tahun Thaksin Shinawatra, Thailand menjadi negara utama Amerika di rantau ini dan sekutu bukan-NATO.

Boyce berkata, beliau memohon untuk bertemu Surayud memandangkan beliau mahukan maklumat secara langsung mengenai kerajaan yang baru itu sebelum mesyuarat duta AS di negara ASEAN akan datang di Washington.

Dalam pada itu, Surayud juga mengadakan pertemuan dengan Gabenor Bank of Thailand, Pridiyathon Devekula yang disebut-sebut akan menjadi Menteri Kewangan yang baru.
posted by jasindaily online @ 9:18 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com