DEARBORN 3 Sept. - Didiskriminasi dan gangguan oleh penguat kuasa undang- undang telah menjadi satu 'wabak' kepada umat Islam di Amerika Syarikat (AS) sejak serangan 11 September 2001. Menurut tinjauan pendapat oleh Gallup, umat Islam AS sering dipandang jelik, dihina, diserang secara fizikal dan mental serta terpaksa melalui pemeriksaan lebih ketat di lapangan terbang.
Mereka juga berhadapan dengan tuduhan tidak berasas dan ia menjadi 'perkara biasa' sejak tragedi 911 itu.
Gallup mendapati, 39 peratus rakyat AS mengaku berasa prejudis terhadap Islam dan hampir 25 peratus mengatakan mereka tidak mahu berjiran dengan keluarga Islam.
Pengarah Majlis Hubungan Islam Warga Amerika (CAIR) cawangan Michigan, Dawud Walid berkata, kebanyakan warga AS tidak mengenali apa itu Islam yang sebenar kecuali bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar.
|