Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SYRIA-AS BERTELAGAH SEKATAN TERHADAP DAMSYIK
Khamis, September 28, 2006
NEW YORK 27 Sept. - Syria dan Amerika Syarikat (AS) bertelagah semalam apabila Washington menggesa negara lain supaya menyertainya mengenakan sekatan terhadap Damsyik.

Menteri Luar Syria, Walid Al-Moualem memberitahu Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dunia menanggung akibat apabila kerajaan AS menyangka ia lebih arif daripada orang Arab sendiri tentang apa yang diingini oleh mereka.

Washington telah lama menyenaraikan Syria sebagai sebuah ‘kerajaan penaja keganasan’ dan hubungan semakin buruk apabila AS menuduh Syria membantu kempen gerila anti-AS di Iraq.

Damsyik menafikan kedua-dua tuduhan itu.

Pada Mei 2004, Washington mengharamkan eksport AS ke Syria selain makanan dan ubat-ubatan, memutuskan hubungan perbankan dengan Bank Komersial Syria dan mengharamkan penerbangan antara Syria dan AS.

"Kami mahu beberapa negara lain menyertai kami dalam mengenakan sekatan," kata Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice kepada Wall Street Journal menurut transkrip Jabatan Negara yang disiarkan semalam.

Washington juga memanggil balik dutanya ke Damsyik selepas pembunuhan bekas Perdana Menteri Lebanon, Rafiq Hariri pada Februari 2005.

Dalam ucapannya di PBB, Walid menyatakan, AS dan negara lain perlu menyediakan jadual pengunduran askar masing-masing dari Iraq kerana ini akan membantu membendung keganasan di negara itu.

"Malangnya, kita semua menanggung akibat apabila pembuat keputusan di Washington percaya mereka lebih arif dan berada dalam kedudukan lebih baik untuk memahami keperluan dan keadaan penduduk Arab," kata Walid.

"Mereka mengenal pasti cita-cita dan aspirasi orang Arab dengan cara yang disesuaikan dengan wawasan mereka sendiri."
posted by jasindaily online @ 9:59 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com