Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SUSPEK PENGGANAS TIDAK DIBICARA
Selasa, September 05, 2006
WASHINGTON: Hampir tiga perempat suspek keganasan yang ditahan oleh Amerika Syarikat sejak lima tahun lalu selepas serangan 11 September 2001, tidak dibicarakan kerana kekurangan bukti, menurut laporan terbaru berdasarkan fakta kerajaan.

Laporan Transactional Records Access Clearinghouse di Universiti Syracuse, semalam menyatakan data itu mencetuskan persoalan mengenai kemampuan asas pentadbiran Bush menguruskan reaksi keseluruhan negara itu ke atas keganasan.

Sejak serangan itu, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan agensi kerajaan lain merujuk 6,472 individu kepada pendakwa atas tuduhan berkaitan dengan keganasan, menurut laporan itu.

Bagaimanapun, hanya sejumlah kecil daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.

Dalam 64 peratus kes, pendakwa persekutuan memutuskan mereka tidak boleh didakwa manakala sembilan peratus lagi sama ada ditolak oleh hakim atau individu itu didapati tidak bersalah.

Hanya 27 peratus disabitkan kesalahan tetapi hanya sejumlah kecil daripada pesalah itu dikenakan hukuman berat berbanding tuduhan yang dikenakan terhadap mereka, menurut dokumen terbabit.

Hanya 14 orang dihukum penjara 20 tahun atau lebih. Sebanyak 67 lagi menerima hukuman sekurang-kurangnya lima tahun penjara.

Secara keseluruhan, 1,329 individu dijatuhi hukuman, 704 tidak menerima hukuman penjara langsung dan 327 menerima hukuman penjara daripada satu hari hingga satu tahun penjara.

Persoalan mengenai sama ada penahanan yang dilakukan oleh Amerika atas tuduhan keganasan bermotifkan politik diketengahkan pada Jun lalu apabila pegawai Jabatan Kehakiman menahan tujuh penduduk Miami, Florida kerana mendakwa mereka berkomplot melakukan keganasan termasuk kemungkinan melakukan serangan bom ke atas Sears Tower di Chicago.

Bagaimanapun, pegawai mengesahkan, suspek yang kebanyakannya bercakap mengenai kemungkinan melakukan serangan kebiasaannya hanya bercita-cita dan tidak melaksanakan pelan yang dirancang
posted by jasindaily online @ 6:35 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com