Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
SERANGAN ISRAEL RAGUT EMPAT NYAWA PEJUANG PALESTIN
Khamis, September 07, 2006
GAZA 6 Sept. - Sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin terbunuh dalam beberapa serangan udara berasingan yang dilancarkan askar Israel di selatan Genting Gaza, hari ini.

Serangan pertama mengorbankan empat mangsa yang dipercayai anggota pejuang Hamas, apabila dua serangan udara Israel disasarkan ke bandar Rafah.

Seramai 20 mangsa yang lain turut cedera dalam serangan tersebut.

Beberapa jam kemudian, dua lagi rakyat Palestin, salah satunya disyaki anggota pejuang terbunuh, juga di selatan Gaza, dalam dua serangan berasingan.

Seorang daripada mangsa terbunuh apabila terkena serangan udara Israel di bandar Khan Younis, sementara seorang lagi terbunuh dalam insiden berhampiran bandar tersebut.

Beberapa saksi warga Palestin memberitahu, letupan yang berlaku akibat serangan peluru berpandu itu telah menggegarkan sebuah kawasan perumahan di kampung Khurvaa dekat Khan Younis.

Dalam operasi ofensif di Khurvaa, askar Israel turut menahan seorang ketua kampung berkenaan, Kamal Annajar yang juga pemimpin Hamas untuk siasatan.
Bagaimanapun, beliau kemudiannya dibebaskan tidak lama selepas itu.

Serangan terbaru rejim Zionis itu merupakan sebahagian daripada kempen berterusan Israel di Genting Gaza untuk membebaskan seorang askar mereka yang diculik dua bulan lalu oleh kumpulan pejuang.
posted by jasindaily online @ 12:28 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com