Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
RAMPASAN KUASA BURUKKAN SITUASI POLITIK THAI
Rabu, September 20, 2006
BANGKOK 19 Sept. – Suasana politik tidak menentu menyelubungi Thailand khususnya di kawasan Bangkok berikutan pihak tentera mengambil alih kawalan ke atas Pejabat Perdana Menteri lewat malam ini ketika Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berada di luar negara.

Para saksi di luar bangunan kerajaan di tengah Bangkok berkata, tentera yang setia kepada komander tentera yang 'dipecat', Lt. Jen. Sonthi Boonyaratglin, mengambil alih kawalan bangunan itu dalam rampasan kuasa yang desas-desusnya telah kedengaran sejak minggu lalu.

Kata Sonthi, rampasan kuasa diadakan selepas kerajaan demokrasi menyebabkan perpecahan di kalangan rakyat Thai.

Thaksin yang sepatutnya berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok dijangka mempercepatkan ucapannya hari ini bagi membolehkan beliau kembali ke Bangkok.

Ketika mengikuti ucapan Presiden George W. Bush di PBB hari ini dari hotel penginapannya, Thaksin kelihatan tenang dan menganggap beliau masih Perdana Menteri Thailand.

Sumber kerajaan Thai berkata, Thaksin sedang menimbang untuk memendekkan lawatan beliau.

"Beliau sedang merancang untuk meninggalkan New York secepat yang mungkin," kata sumber Thai itu di New York.

Setiausaha Tetap di Pejabat Perdana Menteri, Peeraphan Prembhuti berkata, jika rampasan kuasa adalah benar, beliau menjangkakan peralihan kuasa yang teratur.

Dalam pada itu, komander-komander tentera yang setia dengan Thaksin mengadakan perbincangan krisis di luar Bangkok hari ini selepas pengumuman rampasan kuasa diumumkan.
posted by jasindaily online @ 9:13 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com