Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
PERANG BELUM BERAKHIR - BUSH - PERANGI KEGANASAN SEBAGAI PERJUANGAN PERTAHANKAN TAMADUN
Rabu, September 13, 2006
WASHINGTON 12 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyifatkan perang menentang keganasan sebagai ‘perjuangan untuk mempertahankan tamadun dan menggesa rakyat Amerika melupakan perselisihan sesama sendiri dan sebaliknya berjuang sehingga beroleh kemenangan.

Beliau berkata demikian malam tadi, lima tahun selepas serangan pengganas paling dahsyat dalam sejarah AS.

"Amerika tidak meminta perang ini dan setiap rakyat Amerika mengharapkannya berakhir," kata Bush dalam ucapan dari Oval Office di White House malam tadi.

"Perang ini belum berakhir dan tidak akan berakhir sehinggalah kita atau puak pelampau muncul sebagai pemenang."

Bush juga mempertahankan perang terhadap Iraq meskipun beliau mengakui Saddam Hussein tidak bertanggungjawab terhadap serangan 11 September yang membunuh hampir 3,000 orang.

Beliau berkata, sungguhpun tidak memiliki senjata pemusnah besar-besaran, rejim Saddam menimbulkan ancaman jelas yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh masyarakat dunia.

Sekurang-kurangnya 2,600 anggota tentera AS terbunuh di Iraq.

"Baik apa pun kesilapan yang telah dilakukan di Iraq, kesilapan terbesar ialah menyangka bahawa jika kita berundur, pengganas tidak lagi akan mengganggu kita."

"Mereka tidak akan membiarkan kita, mereka akan mengikut kita," kata Presiden itu.

Seluruh negara berpecah belah berhubung perang di Iraq dan cara Bush mengendalikannya.

Anggota Demokrat dari New York, Senator Charles Schumer menuduh Bush bermain politik.

"Hari ini sepatutnya menjadi peristiwa untuk menyatukan semua orang dan memperingati tragedi, nyawa yang banyak terkorban dan keperwiraan mereka yang menjiwai semangat Amerika," kata Schumer.

"Kita tidak memperingati tragedi 11 September dengan mempolitikkannya."
posted by jasindaily online @ 8:50 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com