Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
NUKLEAR: MESIR KECAM BARAT 'LINDUNGI' ISRAEL
Isnin, September 25, 2006
KAHERAH 24 Sept. - Mesir mengkritik kuasa-kuasa besar semalam kerana menghalang usaha yang diambil untuk memaksa pengisytiharan senjata nuklear Israel sebagai satu ancaman kepada dunia.

Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat menyekat satu resolusi yang dikemukakan di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), mendesak Israel hanya menggunakan tenaga atom untuk tujuan keamanan dan membantu mewujudkan zon bebas tenaga nuklear di Asia Barat.

Pertemuan itu hanya mengundi bagi menerima resolusi yang lebih ringan, yang turut diusahakan oleh negara-negara Arab, "menggesa keperluan segera bagi semua negara di Asia Barat menerima perlindungan penuh IAEA ke atas aktiviti-aktiviti nuklear mereka."

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit mengecam tindakan itu sebagai berat sebelah dan dasar diskriminasi di pihak negara-negara Barat.

"Sesuatu yang tidak boleh diterima apabila negara-negara ini terus-menerus mengetepikan bahaya yang diperlihatkan oleh ancaman nuklear Israel ke atas kestabilan dan keselamatan Asia Barat," kata beliau.

Sehubungan itu, Ahmed meminta Israel mematuhi Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan IAEA untuk mengawasi dan memantau program nuklear Israel.

Sambil menyifatkan program nuklear Israel sebagai cabaran langsung ke atas NPT, tegas beliau, negara-negara ini seharusnya melahirkan tahap kepentingan yang sama terhadap ancaman nuklear Israel, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka dalam kes pengawalan senjata yang lain.

"Bagi negara-negara membangun dan Arab, untuk memahami keprihatinan kuasa-kuasa Barat berhubung isu nuklear Iran, Barat perlu meyakinkan setiap pihak bahawa mereka mematuhi kesemua kehendak undang-undang, bukannya memilih kes-kes tertentu sahaja," kata beliau.
posted by jasindaily online @ 11:30 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com