Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
NUKLEAR: KUASA DUNIA TOLAK SYARAT IRAN
Rabu, September 13, 2006
VIENNA 12 Sept. - Iran menyenaraikan beberapa syarat dalam tawarannya untuk menimbangkan penggantungan aktiviti pengayaan uranium selama dua bulan tetapi Amerika Syarikat (AS) menyambut baik kemajuan yang dicapai dalam rundingan antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Teheran pada hujung minggu lalu.

Perunding kanan nuklear Iran, Ali Larijani dan ketua dasar luar EU, Javier Solana mengadakan rundingan di sini untuk cuba mencari kompromi bagi membuka semula rundingan mengenai program nuklear Iran dan mengelakkan ancaman sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam rundingan tertutup itu, Iran mengemukakan satu senarai panjang (syarat) termasuk dihentikan sepenuhnya aktiviti di Majlis Keselamatan PBB, dibatalkan sepenuhnya langkah ke arah sekatan dan Iran dibenarkan membangunkan teknologi sumber tenaga nuklear di buminya, kata seorang diplomat Barat.

"Sebagai balasan, Ali menyatakan Iran akan menimbangkan penggantungan pengayaan uranium selama dua bulan, menimbangkannya dan bukan benar-benar melaksanakannya. Banyak syarat yang dikenakan," kata diplomat itu mengenai taklimat yang diberikan oleh Solana.

Harapan

Tawaran Iran yang diumumkan kelmarin telah meniupkan harapan agar kemajuan besar dicapai dalam menyelesaikan krisis berhubung program nuklear Iran.
Namun diplomat tersebut menyatakan senarai syarat yang dikemukakan oleh Ali itu telah menghancurkannya.

Syarat-syarat berkenaan tidak dapat diterima oleh enam kuasa dunia yang menawarkan rundingan dengan Iran mengenai pakej insentif perdagangan dan lainnya kerana syarat itu menjamin hak Teheran untuk menjalankan kegiatan nuklear sensitif dan melindunginya daripada sebarang sekatan PBB, kata diplomat itu.

Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan AS mahu pengayaan uranium digantung sepenuhnya tanpa syarat sebelum rundingan boleh dimulakan, katanya.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice semalam tidak menolak kemungkinan menerima tawaran yang mungkin dibuat oleh Iran untuk menggantung aktiviti pengayaan uranium.

Beliau bagaimanapun menegaskan penggantungan itu mesti dilaksanakan dan boleh disahkan sebelum rundingan dimulakan bagi menyelesaikan kebuntuan berhubung program nuklear Iran
posted by jasindaily online @ 8:54 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com