Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
MAHMOUD BEKU RUNDINGAN - HAMAS TIDAK TERIMA PERJANJIAN DAMAI DENGAN ISRAEL
Isnin, September 18, 2006
RAMALLAH 17 Sept. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas membekukan rundingan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan negara selepas Hamas menyatakan pendirian tidak akan menerima perjanjian damai sedia ada dengan Israel.

Kebuntuan itu mengancam untuk merosakkan usaha Palestin bagi menamatkan sekatan antarabangsa dan memulihkan bantuan langsung Barat yang dihentikan apabila Hamas mengambil alih kerajaan pada Mac lalu.

Pembantu kanan Mahmoud, Ahmad Abdel-Rahman berkata hari ini, rundingan akan dibekukan sehingga Presiden pulang dari lawatan ke New York lewat minggu ini bagi menghadiri sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Presiden telah membekukan langkah- langkah untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas Hamas dan para pemimpinnya mengeluarkan kenyataan bercanggah yang mencetuskan reaksi negatif masyarakat antarabangsa," kata Ahmad.

Pegawai Mahmoud menyalahkan kenyataan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh daripada Hamas sebagai punca ketegangan itu.

Ismail semalam menegaskan sebuah dokumen yang dirangka oleh para pemimpin Palestin di dalam penjara Israel menjadi asas rundingan mengenai pembentukan kerajaan perpaduan yang 'tidak mengiktiraf kuasa pendudukan (Israel) dan tidak juga menerima perjanjian damai sedia ada.'

Kata pegawai Mahmoud, perjanjian untuk membentuk kerajaan perpaduan negara menghendaki kerajaan baru itu mematuhi perjanjian damai sebelum ini.

"Sewaktu Presiden cuba mempromosikan program kerajaan perpaduan negara kepada utusan antarabangsa, Ismail dan pegawai Hamas menyatakan mereka tidak komited terhadap perjanjian damai lalu dan telah menarik balik persetujuan yang dicapai dengan Presiden," kata Ahmad.

Mahmoud dan Ismail mencapai perjanjian mengenai pembentukan kerajaan perpaduan pada Isnin lepas.

Hamas kemudian menegaskan perjanjian itu tidak bermakna mereka akan mengiktiraf Israel.
posted by jasindaily online @ 12:34 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com