Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
ISRAEL TAKUT DISAMAN LAKUKAN JENAYAH PERANG
Selasa, September 05, 2006
BAITULMAQDIS: Israel semalam memberi amaran kepada pegawai awam dan tenteranya supaya berhati-hati ketika bercakap mengenai konflik Israel-Lubnan kerana bimbang ucapan yang dibuat mengundang saman jenayah perang.

Sumber politik semalam berkata, Kementerian Luar menubuhkan pasukan perundangan bagi memerangi usaha kumpulan asing yang mengatur pendakwaan di luar negara terhadap rakyat Israel yang terbabit dalam perang menentang Hizbullah serta kempen Yahudi di Palestin.

Satu surat pekeliling dikeluarkan kepada tentera dan agensi kerajaan Israel yang lain menggesa pegawai mengelak membuat kenyataan berkaitan peperangan yang mungkin digunakan bagi menyokong proses pendakwaan tentera Yahudi melakukan kekerasan melampau di Lubnan atau Gaza.

Antara bahasa yang tidak lagi dibenarkan termasuk 'menghancurkan' musuh, 'membersihkan', 'meranapkan' atau 'menghapuskan' mereka yang disyaki, kata sumber politik itu yang mendakwa membaca pekeliling berkenaan.

Sumber itu berkata pekeliling itu dikeluarkan berikutan kenyataan seorang pegawai yang menggesa Israel menghancurkan sebuah kampung di Lubnan sebagai reaksi terhadap serangan roket Hizbullah ke atas Haifa ketika perang 34 hari itu.

Kementerian Luar dan Kehakiman enggan mengulas perkara itu.

Menurut pekeliling itu, beberapa saman jenayah perang terhadap pegawai Israel sedang disiapkan.
posted by jasindaily online @ 6:31 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com