DUBAI 11 Sept. - Al-Qaeda memberi amaran dalam satu rakaman video yang disiarkan sempena ulang tahun serangan 11 September bahawa sekutu-sekutu Amerika Syarikat (AS), Israel dan negara-negara Teluk akan menjadi sasaran berikutnya dalam satu kempen yang akan memusnahkan ekonomi Barat. Timbalan pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahri dalam ulasan yang jelasnya ditujukan kepada para pemberita Barat berkata: "Tidak perlulah anda menyusahkan diri untuk mempertahankan pasukan tentera anda di Iraq dan Afghanistan. Askar-askar anda pasti tewas."
"Perkukuhkan pertahanan anda di dua kawasan, iaitu negara-negara Teluk dan Israel. Perang Jihad akan menewaskan pasukan tentera anda serta melumpuhkan kekuatan Zionis," kata Ayman dalam rakaman video itu yang disiarkan oleh rangkaian televisyen Al-Jazeera
|