Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IRAQ AMBIL ALIH OPERASI TENTERA - AS METERAI PERJANJIAN PENYERAHAN MINGGU DEPAN
Rabu, September 06, 2006
BAGHDAD 5 Sept. - Amerika Syarikat (AS) dan Iraq berharap dapat menandatangani perjanjian menjelang minggu depan bagi penyerahan perintah operasi tentera Iraq kepada Perdana Menteri, Nuri al-Maliki selepas beberapa pertikaian mengenai beberapa terma perjanjian.

Pemindahan kawalan keselamatan daripada tentera AS kepada askar Iraq merupakan rancangan utama pengunduran 140,000 askar oleh Washington.

Majlis penyerahan yang dijadual Sabtu lalu telah ditangguhkan berikutan kegagalan mencapai kesepakatan antara Baghdad dan Washington berhubung hubungan baru tentera.

Ketika menafikan berlakunya rasa tidak puas hati yang serius, jurucakap kerajaan, Ali al-Dabbagh berkata: "Kedua-dua pihak telah bersetuju atas isu-isu utama. Saya fikir dokumen sudah sedia untuk ditandatangani, kemungkinan hujung minggu ini atau awal minggu depan"
Katanya, perbezaan yang berlaku hanya merupakan aspek "teknikal."

Perjanjian yang merupakan langkah utama penyerahan kawalan keselamatan itu merangkumi penyerahan kuasa secara berperingkat daripada AS kepada tentera Iraq.

Menurut Ali, mengikut jadual penyerahan, unit pemerintah tentera Iraq akan bermesyuarat setiap dua minggu bagi menetapkan kriteria penyerahan sehingga 1 April depan.

Tambahnya, kubu kuat pejuang seperti Ramadi dan Falujja akan dikawal oleh tentera Iraq.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mohammed al- Askari berkata, kerajaan Iraq telah mencadangkan beberapa pindaan dalam artikel perjanjian yang telah didraf oleh tentera penceroboh.

"Ia merupakan dokumen yang sangat penting kerana ia berkaitan dengan penyerahan kedaulatan,"jelasnya.
posted by jasindaily online @ 1:06 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com