Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IRAN LEMPAR KECAMAN PEDAS TERHADAP BARAT
Khamis, September 21, 2006
NEW YORK 20 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad mempertahankan program nuklearnya dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam sambil menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Britain memanipulasi badan dunia itu untuk memajukan agenda mereka sendiri.

"Segala aktiviti nuklear kami telus, untuk kegunaan awam dan dipantau rapi oleh pemeriksa IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa)," kata pemimpin Iran itu.

"Maka mengapakah ada bantahan terhadap hak-hak kami yang diiktiraf di sisi undang-undang?"

Mahmoud melemparkan kecaman pedas terhadap Washington dan London hanya beberapa jam selepas Presiden AS, George W. Bush menyelar para pemimpin Iran dalam ucapan beliau.

Presiden Iran itu membidas 'kuasa-kuasa hegemoni' yang memaksakan dasar mereka sendiri terhadap mekanisme membuat keputusan antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan.

Beliau mendakwa sesetengah negara yang menentang program nuklear Iran telah menyalahgunakan teknologi nuklear untuk tujuan perang termasuk pengeluaran bom nuklear.

Malah kata beliau, sesetengahnya mempunyai rekod buruk menggunakan bom tersebut terhadap manusia.

Mahmoud menuduh AS dan Britain memperalatkan Majlis Keselamatan untuk kepentingan sendiri.

"Kita perlu bertanya, jika kerajaan AS atau United Kingdom, yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan, melakukan pencerobohan dan pendudukan serta mencabuli undang-undang antarabangsa, mana jentera PBB yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka?" kata beliau.

"Selagi Majlis Keselamatan tidak mampu bertindak bagi pihak seluruh masyarakat antarabangsa secara telus, saksama dan demokratik, selagi itulah kedudukannya tidak sah dan fungsinya tidak berkesan," tambah beliau.

Mahmoud menggesa agar pembaharuan menyeluruh dilakukan terhadap struktur dan kaedah kerja Majlis Keselamatan 15 anggota itu.

Beliau menggesa Perhimpunan Agung mengambil tugas melaksanakan pembaharuan terhadap Majlis Keselamatan, terutamanya menyelamatkannya daripada keadaannya sekarang.

"Sementara itu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam dan benua Afrika masing-masing patut mempunyai wakil sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan yang memiliki kuasa veto," katanya.
posted by jasindaily online @ 5:18 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com