Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
IDEA IRAN URUS DUNIA - PRESIDEN MAHMOUD MAHU KEMUKA CARA ATASI KONFLIK SEJAGAT DI PBB
Rabu, September 20, 2006
TEHERAN 19 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang terus menjadi tumpuan dunia berhubung isu nuklear, hari ini berkata, Iran mahu mengemukakan cadangan mengenai cara- cara untuk mentadbir urus dunia menjelang ucapan beliau kepada pemimpin-pemimpin dunia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Ketika menyatakan perkara itu kepada pemberita sejurus ketibaannya di New York, Mahmoud menjelaskan, dunia kini berhadapan dengan pelbagai ancaman dan adalah sukar untuk mengatakan bahawa nasib manusia sejagat adalah cerah.
Kenyataan Mahmoud yang turut disiarkan di stesen televisyen kerajaan Iran menjelaskan, Teheran mempunyai pandangan yang terbuka dan jelas bagaimana untuk mentadbir urus dunia.

"Republik Islam Iran dan penduduk kami mempunyai sebuah sistem berkesan yang dilihat mampu menguruskan dunia.

"Sehubungan itu, kami akan mencadangkan dan membincangkan pendekatan itu," katanya tanpa menyatakan sama ada isu itu akan dibangkitkan dalam ucapan beliau minggu ini.

Menurut Mahmoud, setiap pihak kini susah hati dengan suasana ancaman, ketegangan konflik, kebencian dan keangkuhan pihak tertentu.

Semuanya ini, ujar beliau, tidak dapat membawa kepada keamanan atau ketenangan dunia.

Sehubungan itu, Mahmoud menegaskan, Iran akan cuba menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang timbul ketika ini memandangkan masalah-masalah kronik masih berlarutan di Iraq, Lebanon, Afghanistan dan Afrika.

"Ini merupakan peluang keemasan bagi saya untuk berunding dengan rakan-rakan saya bagi mencari satu jalan penyelesaian,"ujarnya.

Kunjungan Mahmoud ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB, merupakan kunjungan kedua beliau sejak menjadi Presiden Iran tahun lalu.

Presiden AS, George W. Bush dijangka memberikan ucapan terlebih dahulu lewat hari ini dengan fokus ucapan menumpukan kepada kebuntuan program nuklear republik Islam itu.
posted by jasindaily online @ 9:10 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com