Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
BUSH: IRAN, SYRIA TAJA KEGANASAN
Khamis, September 21, 2006
PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB) 20 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush cuba meredakan sentimen anti-Amerika di Asia Barat dengan menegaskan bahawa puak pelampau cuba mewajarkan keganasan dengan membuat dakwaan palsu kononnya AS melancarkan perang terhadap Islam.

Bush menuding jari terhadap Iran dan Syria sebagai penaja keganasan.

Presiden AS itu dalam ucapan kepada pemimpin dunia dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam cuba mempromosikan kempen beliau bagi meluaskan demokrasi di Asia Barat ketika pergolakan berlaku di Iran, Afghanistan dan beberapa negara lain yang menerima agenda perubahan beliau.

Sebagai sekutu rapat Israel, Washington dilihat dengan penuh kemarahan dan curiga oleh umat Islam di seluruh Asia Barat.

Bagi menangani sentimen anti-AS itu, Bush menyatakan: "Negara saya mengingini keamanan. Puak pelampau di kalangan anda menyebarkan propaganda yang mendakwa Barat melancarkan perang terhadap Islam. Propaganda ini palsu dan bertujuan untuk mengelirukan anda dan mewajarkan perbuatan ganas. Kami menghormati Islam."

Kestabilan di Asia Barat pada masa lalu dicapai dengan mengorbankan kebebasan, kata Bush sambil mempertikaikan dakwaan pengkritiknya bahawa kempen demokrasi beliau telah menggugat kestabilan di rantau itu.

"Realitinya ialah kestabilan yang kita sangka kita lihat di Asia Barat hanyalah maya," kata Bush kepada lebih 80 Perdana Menteri dan Presiden di dewan ibu pejabat PBB itu.

"Selama puluhan tahun, jutaan penduduk di rantau itu terperangkap dalam kancah penindasan dan kekecewaan. Situasi sedemikian mewujudkan satu generasi yang kecewa dan menjadikan rantau itu tempat bersemainya fahaman pelampau."

Dalam ucapan beliau Bush turut menujukan kata-katanya kepada rakyat Iran dan bukan kepada kerajaan Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang tidak hadir semasa ucapan itu.

Bush berkata, Amerika menghormati Iran, sejarah dan budaya negara itu yang kaya, dan beliau berharap suatu hari nanti rakyat kedua-dua negara boleh menjadi sahabat baik dan sekutu rapat dalam memperjuangkan keamanan.

Kenyataan itu jelas berbeza daripada ucapannya pada 2002 apabila Bush menggelar Iran sebagai anggota 'paksi kejahatan.'
posted by jasindaily online @ 5:09 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com