Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
AS PERHEBATKAN SEKATAN TERHADAP IRAN
Isnin, September 18, 2006
SINGAPURA 17 Sept. - Amerika Syarikat (AS) memperhebatkan sekatan kewangan terhadap Iran sambil menekan sekutu-sekutunya supaya turut mengambil tindakan tegas terhadap Teheran berhubung program nuklear republik Islam itu.

Bagaimanapun sekutu-sekutu Washington terutamanya di Eropah menyambut dingin kempen AS itu.

Washington meningkatkan tindakan kewangan terhadap Iran dalam tempoh dua minggu sejak Teheran tidak menghiraukan tarikh akhir 31 Ogos yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membekukan kegiatan pengayaan uranium.

Pada 8 September lalu, Jabatan Perbendaharaan menyekat Bank Saderat, salah satu bank terbesar di Iran dengan kira-kira 3,400 cawangan, daripada menjalankan sebarang urusan dengan bank milik AS atas alasan bank itu menyokong keganasan.

Pegawai Perbendaharaan menuduh Saderat dan bank pusat Iran menyalurkan 'ratusan juta dolar' kepada kumpulan pelampau dan program peluru berpandu negara itu menerusi bank-bank Barat yang tidak menyedari tindakan tersebut
posted by jasindaily online @ 12:37 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com