Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
29 TERBUNUH ,118 SELAMAT - PESAWAT IRAN TERBAKAR KETIKA MENDARAT DI MASHHAD
Sabtu, September 02, 2006
TEHERAN 1 Sept. - Sebanyak 29 orang terbunuh apabila sebuah pesawat penumpang terbakar semasa mendarat di lapangan terbang Mashhad, timur laut Iran, hari ini.

Tiada anak kapal yang terbunuh dalam kebakaran itu manakala penumpang-penumpang lain berjaya diselamatkan.

Pesawat itu terbakar selepas ia tergelincir daripada landasan apabila tayar meletup ketika mendarat kira-kira pukul 1.45 tengah hari (6.15 petang waktu Malaysia).

Rakaman televisyen menunjukkan kapal terbang yang pecah terdampar di tepi landasan dengan sebahagian badan pesawat hangus.

Bahagian juruterbang dan belakang pesawat itu kelihatan tidak begitu terjejas.

Pesawat milik Iran Airtour itu, yang juga gabungan dengan syarikat penerbangan kebangsaan Iran, berlepas dari Bandar Abbas, selatan negara ini.

Laporan televisyen menyebut, pesawat jenis TU-154 buatan Rusia itu membawa seramai 147 penumpang.

Bagaimanapun menurut pegawai penerbangan, Reza Jafarzadeh, seramai 148 orang berada di pesawat semasa kejadian.

Mashhad yang terletak kira-kira 1,000 kilometer ke timur laut Teheran, dilawati kira-kira 12 juta orang setiap tahun bagi mengerjakan ibadat di tempat suci pengikut Syiah.

Iran memiliki pesawat-pesawat yang dibeli daripada Rusia dan beberapa negara Barat, tetapi kebanyakannya berhadapan dengan masalah penyelenggaraan ekoran sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Pakar keselamatan udara berkata, Iran mempunyai rekod penyelenggaraan yang teruk dengan beberapa kejadian kemalangan sejak beberapa dekad kebelakangan ini, yang kebanyakannya membabitkan pesawat buatan Rusia.

Dalam pada itu, televisyen kerajaan menyebut bahawa kebakaran berjaya dikawal dan para penyiasat berada di lokasi kejadian.

Kali terakhir, bencana kemalangan udara yang besar di Iran membabitkan pesawat tentera yang terhempas pada Januari lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Sebuah lagi pesawat tentera melanggar sebuah menara di Teheran pada Disember lalu, mengorbankan 94 orang di dalamnya dan sekurang-kurangnya 22 orang di daratan.

Kemalangan pesawat awam Iran yang terakhir berlaku pada Februari 2004 apabila pesawat Fokker-50 milik Penerbangan Kish terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Sharjah di Emiriah Arab Bersatu mengorbankan 43 daripada 45 orang di dalam pesawat berkenaan.
posted by jasindaily online @ 1:10 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com