Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
YAHUDI TERUS SERANG GAZA
Ahad, Ogos 06, 2006
BANDAR GAZA 5 Ogos - Israel meneruskan serangan mereka ke atas selatan Genting Gaza hari ini menyebabkan empat penduduk Palestin terbunuh termasuk seorang ibu dan dua anaknya, serta mengerahkan kereta kebal mereka menghampiri bandar Rafah.

Seramai 15 penduduk Palestin terbunuh sejak tentera dan kereta kebal Israel mara ke selatan Gaza tiga hari lalu.

Dalam serangan udara pertama, seorang gadis berusia 16 tahun, Kifah Natour dan adiknya, Amar, 15 terkorban, kata pengarah hospital tempatan, Dr. Ali Musa.
Ibu mangsa, Huda, 50, meninggal dunia kemudian akibat luka parah. Empat lagi mangsa termasuk anak lelakinya yang berusia 13 tahun cedera parah dalam serangan peluru berpandu itu.

Ali berkata, keluarga itu cuba melarikan diri ketika kereta kebal Israel mara.

Dalam serangan kedua, seorang pejuang Jihad Islam berusia 19 tahun terbunuh.

Tentera Darat Israel telah masuk dan keluar beberapa kali di beberapa bahagian wilayah Gaza sejak melancarkan serangan 25 Jun lalu dengan menghadapi pejuang bersenjata dan meninggalkan kemusnahan
posted by jasindaily online @ 7:41 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com