Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TIADA PAKSAAN LUCUT SENJATA
Rabu, Ogos 16, 2006
BEIRUT 15 Ogos - Tentera Lebanon tidak akan memaksa Hizbullah melucutkan senjata tetapi menjangka pergerakan Syiah itu meninggalkan selatan Lebanon sebaik sahaja pasukan tentera Lebanon dan antarabangsa ditempatkan di sana.

Menteri Pertahanan Lebanon, Elias Murr berkata semalam, tentera Lebanon tidak akan dihantar ke selatan Lebanon untuk melucutkan senjata Hizbullah, suatu tindakan yang tidak mampu dilakukan oleh Israel sendiri.

"Peranannya adalah untuk memastikan keselamatan pejuang dan rakyat, untuk mempertahankan kemenangan pejuang," kata Elias di stesen televisyen LBC dengan merujuk kepada Pergerakan Pejuang Islam iaitu sayap bersenjata Hizbullah.

"Namun begitu saya memberi jaminan pergerakan pejuang akan memberikan kerjasama penuh dan sebaik sahaja tentera ditempatkan, tidak akan ada senjata atau pasukan bersenjata di kawasan itu kecuali tentera Lebanon dan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Selain gencatan senjata, Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB menghendaki Hizbullah melucutkan senjata dan tentera Lebanon serta 15,000 askar pengaman PBB mengambil alih selatan Lebanon.

Pemimpin Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrallah berikrar semalam, pejuangnya tidak akan dipaksa meletakkan senjata menerusi ugutan atau paksaan.

Isu pelucutan senjata Hizbullah tidak boleh diselesaikan secara tergesa-gesa atau menerusi ugutan, tekanan atau provokasi, tegas beliau di televisyen.

Sekalipun menerima resolusi PBB, Hizbullah juga berikrar untuk terus berjuang sehingga semua askar Israel meninggalkan Lebanon.

Elias berkata, isu pelucutan senjata Hizbullah dibincangkan dalam persidangan dialog kebangsaan yang menghimpunkan 14 komuniti agama utama di Lebanon.

Menurut Elias, persidangan itu dijangka mempunyai pandangan berbeza mengenai isu pelucutan senjata Hizbullah berikutan konflik yang baru berakhir.

Semasa menghadapi serangan Israel, Hizbullah membuktikan ia mempunyai dasar pertahanan, dasar untuk menimbulkan rasa gentar musuh (Israel) selain mampu melaksanakan dasar itu, kata Elias.

"Kita patut memanfaatkan pengalaman ini," tambah beliau.

Menteri Pertahanan itu juga berkata, kebanyakan askar Lebanon berasal dari selatan negara ini dan mereka telah kehilangan ahli keluarga dan rumah akibat keganasan Israel.
posted by jasindaily online @ 7:17 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com