Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TENTERA LEBANON MULA AMBIL ALIH KAWALAN
Jumaat, Ogos 18, 2006
MARJAYOUN 17 Ogos - Tentera Lebanon mula mengambil kedudukan di selatan Lebanon hari ini selaras dengan rancangan gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menamatkan sengketa antara Israel dan Hizbullah.

PBB menjangkakan bahawa pasukan pengaman baru akan memulakan tugas di Lebanon pada minggu depan.

Barisan pertama pasukan terdiri daripada askar, kereta kebal dan kenderaan berperisai menyeberangi muara Sungai Litani di pantai Mediterranean, 30 kilometer ke utara sempadan Israel sekitar pukul 6.40 pagi (11.40 pagi waktu Malaysia).

Trak-trak membawa 10 kenderaan berperisai menyeberangi sebuah jambatan logam yang dibina merentasi sungai tersebut dengan diiringi oleh beberapa kenderaan tentera yang lain.

Jambatan tersebut dibina oleh tentera bagi menggantikan struktur yang dibom oleh pesawat perang Israel semasa konflik 34 hari itu.

Penempatan itu menandakan kali pertama tentera Lebanon masuk dalam jumlah yang besar ke selatan Lebanon, wilayah yang dikuasai oleh pejuang Palestin pada 1970-an sehingga pendudukan Israel pada 1982 dan kemudian oleh Hizbullah selepas Israel berundur pada 2000.

Trak membawa 20 kereta kebal tiba di Marjayoun, pekan majoriti Kristian dekat sempadan Israel yang dikuasai seketika oleh tentera Israel semasa pencerobohan mereka minggu lepas.

Penduduk menyambut ketibaan askar Lebanon di Marjayoun dan kampung-kampung berhampiran.

"Saya berasa lebih selamat sekarang. Tentera dahulu tidak seperti sekarang. Kini jika Hizbullah ada senjata, tentera boleh merampasnya." kata seorang penduduk Marjayoun, Shadi Shammas.

Brigadier Jeneral Charles Sheikhani yang bercakap di luar berek tentera Marjayoun berkata, seluruh Briged Ke-10 terdiri daripada 2,500 anggota yang diperintah oleh beliau akan bertanggungjawab terhadap sebuah wilayah.

"Tentera tidak masuk ke sini sejak 1968. Inilah kali pertama kami berada di sini," kata Sheikhani.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri turut dibuka hari ini, selepas 36 hari tidak digunakan, dengan pesawat Airbus A321 milik Lebanon membuat pendaratan pada pukul 1 tengah hari ini (6 petang waktu Malaysia) bersama 149 penumpang
posted by jasindaily online @ 7:20 PG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com