Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
LAJNAH DPPKJASIN
KENALI PAS
TENTERA ISRAEL TANGKAP SPEAKER PARLIMEN PALESTIN
Isnin, Ogos 07, 2006
RAMALLAH 6 Ogos - Tentera Israel menangkap Speaker Parlimen Palestin, Abdel Aziz Duaik di kediamannya di Genting Gaza awal hari ini.

Penangkapan itu dilakukan semasa tentera Yahudi menjalankan operasi sehari suntuk di selatan wilayah tersebut sebagai sebahagian kempennya sejak sebulan lalu terhadap kumpulan pejuang Palestin termasuk Hamas.

Pengarah pejabat Speaker dan pegawai keselamatan Palestin berkata, kira-kira 20 kenderaan tentera Israel mengepung kediaman Abdel Aziz sebelum menangkap beliau.

Tentera rejim Yahudi menyatakan, sebagai seorang pemimpin Hamas, Abdel Aziz menjadi sasaran untuk ditangkap.

Pada 29 Jun lalu, tentera Israel di Tebing Barat menangkap puluhan pegawai Hamas termasuk lapan menteri Kabinet.

Seorang daripada mereka dibebaskan awal minggu ini.

Sejak operasi itu, tentera Israel telah dua kali mengepung rumah Abdel Aziz tetapi gagal menangkapnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyifatkan penangkapan Abdul Aziz sebagai satu lagi jenayah lanun yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap wakil-wakil rakyat Palestin.

Sementara itu di selatan Gaza, askar dan kereta kebal Israel menjalankan operasi buat hari ketiga.

Awal hari ini, seorang remaja terbunuh dan tiga orang dewasa cedera parah dalam serangan udara Israel di pinggir bandar Rafah di sempadan Gaza-Mesir, kata pegawai hospital.

Semalam, serangan udara membunuh enam rakyat Palestin termasuk seorang wanita dan dua anaknya.
posted by jasindaily online @ 5:21 PTG  
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 ISU LUAR NEGARA Template by Isnaini Dot Com